Friday 22 February 2013

Kek Keju Oreo Versi CupCake

 Assalamualaikum

Dan selamat sejahtera
Akak minta maaf kpd pengunjung2 'mykitchen'.Selama beberapa hari ni akak menyepikan diri.
Nak di katakan sibuk tiadalah sangat cuma sibuk menghadirkan diri ke beberapa undangan walimatulurus..sampai ke Layang-layang Johor kami memenuhi undangan tersebut..Selain dari wajib akak juga ingin mengeratkan kembali silaturrahim yang kian pudar..
Alhamdulillah dgn adanya majlis2 seperti ini semua saudara mara berkumpul dan banyaklah perkara2 yang di bualkan.
Kali ni akak postkan resepi yang pernah akak buat dulu di sini...
Boleh juga refer di sini
Ainul anak gadis bongsu akak tu beria2 nak buat oreo ciskek tapi malas nak buat dlm loyang..susah nak bawa ke sekolah katanya..Ainul berhajat sangat nak jamu kawan2 sekolah makan CC buatannya tapi malangnya 'cup' utk kek ni tidak mencukupi.
Hari pulak sudah jauh mlm jadi beliau cuma dapat buat 10 cup saja..Simpati kepadanya akak nasihatkan Ainul supaya berpesan kpd kawan2nya supaya makan sama2 dan berkongsi..


 Keju Oreo CC
by
AinulHanis from
anymz-mykitchen
Sumber:Buku Pn Noraini Zakaria





Cara 

Bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal-guna gelatin dari halagel
3 keping biskut oreo di ramas kasar


Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.


Kopek biskut oreo satu persatu buang krim dan letak sekeping biskut oreo sebagai dasar di dalam 'cup'


Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,Tuangkan atas biskut oreo di dalam 'cup'.

simpan dalam peti sejuk selama 5 jam

.

Ainul pesan mana kawan2 yang tak dapat tu..jangan marah insyaAllah nanti Ainul buat lagi.
^_____^


5 comments:

Cheq Sue said...

aduh...akak tayang cheesecake ya malam2 ni. saya dah keluarkan cream cheese tapi bila tengok bahan2 semuanya guna whip cream yang tak ada stok kat rumah..tekak teringin sangat nak makan cheesecake nih... aduiiiii

suryabil said...

Salam kak nim...sedappp nya..bgus gak ek buat dlm cup camni..senang keja kn..ni yg berkobar2 nk buat ni...lama dh x buat kek oreocis ni..:-D

zila norazila said...

Memalam tgk nie brtmbh krukk krukk perut ne kak..sedapp

adda syuhada said...

apa kabar akak...sedap betul nampak kek keju oreo nih..

Anna Qawina said...

Pesan kpd Ainul..nnt buat time hakak comey ni dtg tau